
Promosi sempena Hari Merdeka sudah tamat, tetapi tidak bagi ASUS. Seiring dengan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September ini, ASUS Malaysia telah mengadakan promosi pemberian tetikus Gaming Mouse M5 (bernilai RM239) secara percuma dengan setiap pembelian laptop ASUS TUF Gaming terpilih.
Antara model laptop terpilih:
Model | Spesifikasi | SRP (RM) |
FX504G-MEN039T | i7-8750H/8G/1T SSHD + 128G PCIE SSD/GTX1060 6G/WIN10/FHD WV 300nits 120Hz/Bag | RM4,999 |
FX504G-ME4308T | i5-8300H/4G/1T(54) + 128G PCIE SSD/GTX1060 6G/WIN10/FHD WV 250nits 60Hz/Bag | RM3,999 |
Syarat Pembelian
- Tempoh promosi bermula 1 September sehingga 30 September 2018
- Pembelian perlu dibuat melalui pengedar sah ASUS Malaysia
- Resit pembelian asal hendaklah disimpan
- Borang pendaftaran perlu diisi termasuk maklumat peribadi yang akan dirahsiakan
- Alamat penghantaran tidak boleh ditukar setelah pendaftaran
- Hadiah akan dihantar selepas tempoh promosi tamat