HONOR 20 Habis Terjual Dalam Masa 3 Jam Sahaja!!!

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama telefon pintar terkenal ini, HONOR. HONOR  telah mengumumkan bahawa peranti baharunya iaitu HONOR 20 telah habis terjual dalam masa 3 jam sahaja di Malaysia pada hari pertama di brand’s official online store, hiHonor. Kejayaan ini ekoran daripada jualan yang memberangsangkan di China apabila ia terjual lebih dari 1 juta unit dalam 14 hari sahaja.

Peranti ini dijual pada harga RM1699 yang mana ia tersedia pada 21 Jun lalu di hiHonor, kedai rasmi HONOR di Shopee dan ke semua HONOR Experience Stores (HES). Kepantasan jualan peranti ini memperlihatkan penerimaan positif rakyat malaysia dengan peranti terbaharu ini.

Menariknya, pelanggan yang membeli peranti ini di kedai atas talian layak memiliki HONOR FlyPods Lite dan HONOR backpack.

HONOR 20 ini pastinya merupakan peranti yang menakjubkan. Dihadirkan dengan cipset Kirin 980 terbaharu dengan disertakan 6GB RAM dan 128GB ROM. Ia tersedia dengan 2 warna iaitu Midnight Black dan Sapphire Blue. HONOR 20 masih lagi tersedia untuk pembelian di Shopee dah HES di seluruh negara.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah layari laman sesawang HONOR’s official e-commerce danportal hiHonor atau di laman rasmi Facebook HONOR.

You might also like