WeChat Pay Kini Perkenalkan Perkhidmatan “Smart Oder” – Cara Pintar Memesan Makanan!

WeChat Pay MY kini memacu era pembayaran digital di Malaysia dengan perkhimatan baharu, iaitu “Smart Oder”. Ia merupakan pesanan digital yang bertujuan untuk melancarkan serta memudahkan pengguna melepak di restoran mamak kegemaran mereka dengan cara yang lebih pintar.

Dari kiri: Jason Siew, Ketua Pegawai Eksekutif WeChat Pay MY, YB Chong Chieng Jen, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, dan Dato Haji Syed Jamarulkhan Bin Haji Ms Kadir, Pemilik Syarikat Syed Group.

Smart Order menawarkan cara yang lebih praktikal serta mudah unutk restoran mamak dalam keadaan melayani pelanggan, di mana pelanggan boleh membuat pesanan makanan serta membayar dalam aplikasi. Makanan akan dihidangkan kemudian, sekaligus memendekkan waktu pesanan dan meningkatkan kecekapan tanpa perlu berbaris panjang.

Promosi masa terhad sehingga 31 Julai 2019, minimum berbelanja RM8 untuk mendapatkan rebat RM3.

Perkhidmatan Smart Order akan tersedia di pedagang yang mengambil bahagian di sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Maklumat lanjut, boleh layari FB WeChat Pay MY.

Muat Turun WeChat:

 

You might also like