
Dwi-Kamera Pertama Dari Samsung – Samsung Galaxy C10?!
Pada awal bulan lalu, ada khabar angin di laman sesawang mengatakan bahawa telefon pintar Samsung Galaxy Note 8 bukanlah peranti pertama Samsung yang akan hadir dengan dwi-kamera. Namun, baru-baru ini pula kedengaran bahawa barisan telefon pintar siri Galaxy C akan menjadi telefon pintar pertama yang hadir dengan sokongan dwi-kamera.

Khabar angin ini dilaporkan Samsung Galaxy C10 akan menjadi peranti pertama Samsung yang dilengkapi dwi-kamera, menggunakan Snapdragon 660 sebagai pemproses yang mungkin bakal diperkenalkan oleh Qualcomm pada 9 Mei.
Selepas berita ini dimuat naik di Twitter, pemilik akaun tersebut menambah satu kenyataan lagi bahawa Galaxy C10 juga akan hadir dengan teknologi Bixby, yang terdapat pada Samsung Galaxy S8 / S8+. Malangnya sehingga masa kini tiada pengesahan dari Samsung lagi, kita nantikan maklumat rasmi dari Samsung nanti.