
olloclip Lens Untuk iPhone 7 & 7 Plus
Dalam banyak-banyak aksesori untuk iPhone 7 dan 7 Plus diperkenalkan, terdapat satu aksesori yang berjaya menarik perhatian kami, iaitu olloclip Lens. olloclip menawarkan tiga lensa untuk kategori berbeza, tidak dinafikan iPhone 7 dan 7 Plus tampil dengan sokongan penggambaran yang baik. Sebagaimana nama yang digunakannya, aksesori ini menawarkan fungsi dua dalam satu yang sememangnya unik dan sesuai untuk pengguna yang gemar bergambar.
Macro Pro Lens Set Ι Harga: USD 79.99 (kira-kira RM 346.96)
Macro Pro Lens Set ini membolehkan pengguna mengambil hasil gambar makro dengan lebih baik dan menarik. Kelebihan yang dimiliki olehnya, boleh memilih macro zum sehingga 7x, 14x dan 21x.

Dengan menggunakan mod InstaFocus, ia akan mengumpul cahaya yang diperlukan dan menghasilkan gambar yang semulajadi. Apabila memasangkan lensa ini pada iPhone 7 / 7 Plus, ia secara automatik akan menyesuaikan penggambaran yang ingin diambil. Jadi anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mengambil hasil gambar yang lebih menyerlah.




Core Lens Set Ι Harga : USD 99.99 (kira-kira RM 433.70)
Pengalaman menggunakan lensa serba baru, Core Lens Set ini semestinya mampu menghasilkan kualiti imej yang tidak dapat ditandingi. Terdapat beberapa pilihan sensor popular boleh digunakan seperti Fisheye, Super-Wide serta Macro 15x yang membolehkan anda mengambil pelbagai jenis gambar yang diinginkan.
Bukan itu sahaja, kini mengambil gambar, mengedit dan berkongsi dengan kawan-kawan bukan lagi masalah!




Active Lens Set Ι Harga : USD 119.99 (kira-kira RM 520.50)
Active Lens Set ini pastinya menjanjikan hasil gambar yang super duper terbaik. Menggabungkan dua elemen berbeza, Telephoto dan Ultra-Wide untuk hasil gambar berbeza.
Kebolehan Ultra-Wide adalah mengambil gambar sehingga 155 darjah, ianya amat sesuai untuk penggambaran potrait mahupun landskap. Manakala Telephoto pula menyokong lensa yang boleh di zum sehingga 2x, di mana gambar makro yang diambil jelas kelihatan depth-of-field.
Kehadiran Connect Lens System membolehkan pengguna memasang dan menukar lensa ini dengan mudah dan cepat.







