MDEC Meraikan Bakat Penerbit Kandungan untuk YouTube Kids

(from L-R) Hasnul Hadi Samsudin (Director of Creative Multimedia Division, MDEC), Dato’ Ng Wan Peng (Chief Operating Officer, MDEC), Dato’ Yasmin Mahmood (Chief Executive Officer, MDEC), Sajith Sivanandan (Managing Director, Google Malaysia, Vietnam, Philippines and New Emerging Markets), Sanoop Luke (Manager of Content Partnerships, YouTube), Don Anderson (Head of YouTube Kids and Learning APAC), and Mohan Low (Head of Business Development Creative Content and Technologies, MDEC) posed together for a picture with at the celebration for Malaysia’s content creators.
(Dari Kiri-Kanan) Hasnul Hadi Samsudin (Director of Creative Multimedia Division, MDEC), Dato’ Ng Wan Peng (Chief Operating Officer, MDEC), Dato’ Yasmin Mahmood (Chief Executive Officer, MDEC), Sajith Sivanandan (Managing Director, Google Malaysia, Vietnam, Philippines and New Emerging Markets), Sanoop Luke (Manager of Content Partnerships, YouTube), Don Anderson (Head of YouTube Kids and Learning APAC), dan Mohan Low (Head of Business Development Creative Content and Technologies, MDEC) bergambar pada majlis perlancaran.

Upin & Ipin dan BoBoiBoy, telah memonopoli skrin TV untuk kanak-kanak dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Pada awal bulan lepas, mereka juga mula berada di saluran aplikasi YouTube Kids yang mula dilancarkan pada 5 Oktober 2016. Bagi meraikan usaha kreatif pencipta tempatan yang sangat cemerlang, MDEC dengan kerjasama dengan Google Malaysia menjadi tuan rumah kepada acara keraian untuk minda-minda kreatif ini.

Les ‘Copaque, Animonsta Studios, dan Digital Durian telah menerima pengiktirafan bagi program kanak-kanak mereka yang berkualiti antarabangsa. Rancangan seperti Upin & Ipin serta BoBoiBoy adalah rancangan yang sangat dialu-alukan Google dalam saluran aplikasi YouTube Kids mereka. Ini kerana bukan sahaja rancangan tersebut menyeronokkan, malah ia menyemai budaya positif di dalam diri kanak-kanak.

picture-6 picture-7

MDEC juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan saluran baru kanak-kanak seperti Animasia, Giggle Garage, Inspidea, Lemon Sky dan Lil Critter Workshop. Dengan kandungan yang baru dan asli untuk YouTube Kids, ibu bapa boleh mengharapkan anak-anak mereka untuk menyelam ke dalam dunia penemuan, pembelajaran yang menyeronokkan, sekaligus akan membantu merangsang minda dan menggalakkan pembelajaran.

MUAT TURUN

You might also like