Fungsi Baru Waze, Khas Untuk Penunggang Motosikal

Fungsi khas untuk penunggang motorsikal

Waze adalah salah satu aplikasi navigasi yang membantu pengguna mengelakkan kesesakan jalan raya. Di malaysia sendiri, ramai pemandu yang menggunakan aplikasi ini.

Sebelum ini, aplikasi ini hanya boleh digunakan oleh kenderaan bertayar empat sahaja, tetapi kini Waze turut boleh digunakan oleh penunggang motosikal. Caranya mudah, hanya perlu ke ruangan Settings dan tetapkannya.

Jika dilihat daripada laluan yang disediakan, navigasi Waze akan mencadangkan laluan berbeza berbanding kereta sekiranya tahu pengguna sedang menunggang motorsikal.

Selain itu, Waze juga telah memperkenalkan fungsi arahan bersuara ‘OK Waze’. Dengan menggunakan suara, pengguna boleh memulakan navigasi, menghantar laporan serta menambah perhentian tanpa perlu menggunakan jari. Fungsi ini sangat berguna terutamanya bagi mereka yang sedang menunggang motosikal.

Fungsi arahan suara ‘Ok Waze’

Buat masa sekarang, fungsi ini hanya boleh digunakan di negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, Afrika Selatan, Ireland dan New Zealand.

You might also like