realme X50 Pro 5G – Sokong Snapdragon 865 + 4 Kamera Utama + 65W SuperDart Charge

Seperti yang dijanjikan, realme kini memperkenalkan realme X50 Pro 5G secara rasmi! Peranti ini didatangkan dengan pelbagai spesifikasi menarik disamping teknologi lebih terkini – termasuklah sokongan 5G.

realme X50 Pro 5G didatangkan dengan paparan bersaiz 6.44″ Super AMOLED FHD+ dengan kepadatan piksel sebanyak 408ppi. Ia menampilkan nisbah skrin ke badan sebanyak 92% dan paparan ini menyokong kadar segar 90Hz. Enjin dalaman peranti dikuasakan oleh cipset Snapdragon 865 dengan paduan GPU Adreno 650.

Untuk memori ia didatang dengan pilihan sehingga 12GB RAM (LPDDR5) dengan gabungan storan sehingga 256GB (UFS3.0). Ia juga dibekalkan dengan sokongan VC Cooling system (Vapor Chamber + Multipayer Solid Graphite) dan menyokong WI-Fi 6. realme X50 Pro 5G menggunakan antaramuka terbaru iairu realme UI berasaskan Android 10.

Untuk kamera, ia didatangkan dengan sokongan empat kamera utama : 64MP + 12MP + 8MP + B/W Artistic Portrait Lens dan dwi kamera selfie sebesar 32MP (Sony IMX616) + 8MP. Menariknya kamera hadapan ini didatangkan dengan sejumlah fungsi menarik seperti Selfie Ultra Wide-angle video, Selfie Slo-Mo Video dan UIS Selfie video (120fps).

Melengkapi peranti adalah bateri berkapasiti 4,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperDart Charge. Sebagai tambahan, ia juga menyokong sokongan pengimbas cap jari terbina pada paparan dan NFC. Didatangkan dengan dua pilihan warna menarik seperti Moss Green & Rust Red, realme X50 Pro 5G ditawarkan pada harga seperti berikut :

  • 8GB + 128GB : €599 (~RM 2,734)
  • 8GB + 256GB : €669 (~RM3,059)
  • 12GB + 256GB : €749 (~RM3,425)

 

You might also like