
Dua Smartphone Sony Rasmi – Sony Xperia 1 II & Xperia Pro Sokong Spesifikasi Tinggi Dengan Kemasan Premium
Sony kini muncul dengan dua lagi peranti pintar dengan spesifikasi menarik dan rekaan yang premium iaitu Sony Xperia 1 II dan Sony Xperia Pro. Kedua – duanya kelihatan sangat menarik.
Sony Xperia 1 II membawakan paparan bersaiz 6.5″ dengan sokongan panel OLED 4K HDR. Enjin dalaman peranti menggunakan cip pemproses Snapdragon 865 dengan sokongan memori sebesar 8GB RAM + 256GB ROM.

Untuk kamera, ia menggunakan empat kamera utama dengan gabungan lensa 12MP + 12MP + 12MP +3D TOF. Melengkapinya adalah kamera selfie sebesar 8MP. Kmera ini menggunakan lensa Zeiss. Untuk sokongan bateri, ia menggunakan bateri berkapasiti 4,000mAh dan mempunyai tahap kalis air IP68.

Sokongan pengimbas cap jari pula diletakkan pada bahagian sisis dan terbina pada butang kuasa. Sony Xperia 1 II didatangkan dengan tiga warna menarik iaitu Hitam, Putih dan Ungu. Lebih menarik, Sony dilihat mengembalikan sokongan bicu audio 3.5mm pada model kali ini. Harga dan ketersediaan belum dikongsi.

Seterusnya adalah Sony Xperia Pro – ia merupakan sebuah Xperia 1 II yang direka khas buat pengguna professional. Untuk spesifikasi, ia berkongsi penawaran yang sama dengan Sony Xperia 1 II, tetapi uniknya ia menyokong port mikro HDMI yang terbina pada bahagian bawah peranti. Buat masa ini, ia masih dalam pembangunan.


