
JomPAY hari ini telah melancarkan kempen ‘Fire This Baby Up: JomPAY Like a Champion WIN’ yang menawarkan hadiah berjumlah lebih RM1.7 juta termasuk dua buah kereta Mini John Cooper Works edisi terhad. Peraduan ini akan diadakan sehingga 30 September 2018.
Orang ramai yang ingin memenangi hadiah berkenaan perlu menetapkan pengebil yang tersenarai di JomPAY sebagai pilihan kegemaran (‘favourite’) mereka dalam kemudahan Perbankan Internet daripada mana-mana 40 senarai bank di Malaysia.

Pemenang hadiah utama akan membawa pulang hadiah berupa dua buah Mini John Cooper Works edisi terhad yang akan diumumkan pada bulan Ogos dan Oktober depan. Hadiah rebat tunai bulanan dan mingguan pula akan diberikan sebanyak RM1.1 juta oleh bank-bank yang mengambil bahagian.
Matlamat kempen ini diadakan ialah untuk memberi ganjaran kepada pengguna akan kemudahan perbankan atas talian menerusi bayaran JomPAY. JomPAY mengenakan cara yang mudah kepada para pelanggannya. Ia selamat untuk digunakan pada bila-bila masa di mana sahaja menerusi internet, perbankan mudah alih, atau mesin ATM pilihan pengguna. Menariknya, untuk pembayaran JomPAY, ia ditawarkan secara percuma kepada semua pelangan.
JomPAY merupakan sistem pembayaran bil atas talian terbesar di Malaysia terdiri daripada bilangan pengebil, semua syarikat telekomunikasi, utiliti letrik, perkhidmatan TV berbayar, penyedia kemudahan bekalan air di 11 negeri, 112 Majlis Perbandaran Tempatan, institusi pendidikan, syarikat insurans, broker saham, peniaga e-dagang, PKS dan banyak peniaga lain lagi.

