Vertu Dibeli Pada Harga 50 Juta Euro

1693
- Iklan -

Jenama Vertu sinonim bagi peranti pintar mewah dengan bahan binaan eksklusif seperti aluminium gred tinggi, kulit dan lain-lain. Namun, tag harga yang tinggi pada peranti mereka gagal membawa keuntungan, kenyataan kewangan 2014 menunjukkan Vertu mengalami kerugian sebanyak 15 juta Euro.

Baferton Ltd mahu mengubah nasib Vertu dengan membeli jenama tersebut pada harga 50 juta Euro. Apa yang menarik adalah pemilikan Vertu ini agak kontroversi kerana pemilik Baferton Ltd, Hakan Uzan mempunyai sejarah dengan Nokia dan Motorola.

Hakan Uzan pernah dituduh menyelewang perjanjian yang dilakukannya dengan Nokia dan Motorola, selain itu harta dan syarikat milik keluarga beliau juga pernah dirampas atas kesalahan yang dilakukannya. Bagaimana nasib Vertu selepas ini? Kita tunggu dan lihat.