Lenovo Z5 Pro Kini Rasmi – Rekaan Gelongsor, Saiz Nisbah Skrin-Ke-Badan Paling Besar Di Dunia

Lenovo kini telah mengumumkan secara rasmi telefon pintar terbaharu keluarannya dengan penampilan Lenovo Z5 Pro. Lebih menarik, rekaan fizikalnya dilihat hadir dengan kerangka jenis gelongsor.

Lenovo Z5 Pro didatangkan dengan rekaan skrin bersaiz 6.39 inci AMOLED dan merupakan telefon pintar pertama di dunia dengan sokongan nisbah skrin ke badan yang besar iaitu 95.06%.

Telefon pintar ini juga memiliki bezel yang sangat nipis iaitu hanya 4.98mm pada bahagian bawah dan 2.07mm untuk bingkai sisi serta atas. Ia turut memiliki sokongan pengimbas cap jari pada skrin (hanya 0.2 saat untuk nyahkunci).

Rekaan panel boleh luncurnya dilengkapi dengan sokongan enam spring helix berganda dengan dwi-axis selari bagi memastikan respon gelongsor yang terbaik. Malah, Lenovo turut memasang cip keselamatan pada telefon ini untuk melindungi data sensitif.

Dikuasakan dengan Snapdragon 710, ia dioperasikan melalui ZUI 10 dengan sokongan 4D U-Touch selain dilengkapi teknologi AI. Ia turut dipadankan dengan memori 6GB dan storan dalaman sebesar 64GB hingga 128GB. Melengkapinya juga, bateri berkapasiti 3350mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Dari segi pengambaran, Lenovo Z5 Pro dilengkapi kamera utama dengan resolusi 24MP (f/1.8) +16MP (f/1.8) sensor Sony dan kamera swafoto 16MP (f/2.2) + 8MP (f/2.2) yang turut menyokong sensor infrared (IR) untuk pengecaman wajah.

Didatangkan dengan satu warna sahaja iaitu Hitam, Lenovo Z5 Pro dijual di China pada harga RMB1998 (kira-kira RM1,202~) untuk versi 6GB + 64GB dan RMB2298 (kira-kira RM1,383) pula untuk versi 6GB + 128GB.

Baca juga :

You might also like