Berhibur Tanpa Had? Sony HT-S20R Soundbar Diperkenal, Ketersedian Bermula Pada Bulan Jun Kelak

496

Perhatian buat korang peminat setia Sony! Sony HT-S20R Soundbar kini diperkenalkan secara rasmi – dikuasai sokongan teknologi Digital Dolby dengan sokongan penambahbaikan audio yang berkualiti tinggi keluaran kuasa yang luar biasa 400W. Sony HT-S20R soundbar diiringi oleh subwufer dan dua speaker.

Tidak seperti kebanyakan soundbar, ia menyokong sejumlah port I/O termasuk audio-in, HDMI-ARC (untuk TV serasi) dan input optik yang ditempatkan di bahagian belakang subwufer. Ia juga mempunyai port USB di bahagian depan yang menyokong main balik secara langsung menerusi pemacu USB.

Tidak ketinggalan, ia juga boleh menghubungkan peranti pintar ke soundbar secara wayarless untuk bermain muzik kegemaran korang. Korang juga boleh menukar tetapan mengikut kesesuaian. Bagi yang berminat, Sony HT-S20R Soundbar bakal tersedia di pasaran tempatan pada bulan Jun kelak.