
Harvey Norman Malaysia terkenal dengan kedai yang menawarkan pelbagai produk dan barangan IT melalui rangkaian kedai mereka di seluruh negara. Terkini, pihak Harvey Norman turut memperluaskan portfolio mereka dengan memperkenalkan sebuah komputer riba yang dikenali sebagai Charge Plus 2-in-1.
Charge Plus 2-in-1 ini adalah kerjasama antara Harvey Norman dengan Intel Malaysia dan Microsoft Malaysia, dibangunkan khusus berdasarkan permintaan tempatan. Charge Plus 2-in-1 hadir dengan skrin bersaiz 11.6” yang boleh dihubungkan kepada papan kekuncinya ataupun digunakan secara berasingan sebagai tablet. Ia menggunakan Quad-core Intel Atom Z8300, menyokong memori 2GB DDR3L RAM dan memori dalaman sebesar 64GB.
Pihak Harvey Norman turut menyertakan perisian Microsoft Office 365 dan juga Dewan Eja pada Charge Plus 2-in-1, harga jualannya adalah RM1899 bersama dengan 1 tahun waranti daripada Harvey Norman. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi https://www.harveynorman.com.my/.