Alert Gais! Daemon X Machina Akan Datang Ke Steam Pada Minggu Hadapan – 14 Februari 2020!

Permainan mudah alih, Daemon X Machina telah dilancarkan di Nintendo Switch pada September lalu. Menambah keriangan ramai, pemaju permainan berkenaan kini mengumumkan bahawa Daemon X Machina akan tiba secara eksklusif di PC menerusi Steam mulai minggu hadapan – dijadualkan pada 14 Februari 2020.

Daemon X Machina merupakan permainan aksi robot di mana membolehkan pemain untuk mengubahsuai sepenuhnya dengan pelbagai jenis senjata. Pemian juga boleh bermain dengan avatar dan mengubah-suai watak. Versi kali ini dikatakan menawarkan peningkatan lebih baik daripada pelbagai aspek termasuk visual, pilihan penyesuaian baru papan kekunci dan sebagainya. Bagi anda yang berminat, anda boleh pra-tempah sekarang!

You might also like