

Berita baik buat peminat anime Bleach apabila Bleach Brave Souls kini dalam 3D action game yang mana pemain boleh mengawal watak-watak penting yang terkenal di dalam anime Bleach sama ada Ichigo, Byakuya, Renji dan Kenpachi dan ramai lagi bagi berganding bahu dengan tujuan yang sama iaitu menentang makhluk jahat dalam bentuk raksasa.
Kawalan permainan ini sangat intuitif yang mana virtual control stick di sebelah kiri anda adalah untuk mengerakkan watak anda. Di sebelah kanan pula anda akan dapati kawalan serangan bagi membenarkan anda menentang musuh dengan pelbagai pilihan butang mengikut pergerakkan kombo yang ingin dilaksanakan. Di bahagian kiri atas, anda akan dapati butang yang membenarkan anda untuk menukar watak utama ketika misi.
Bagi setiap misi di dalam Bleach Brave Soul masanya agak singkat. Anda boleh menghabiskannya di bawah 2 minit. hal ini disebabkan kerana setiap scene adalah sangat terperinci tetapi juga sangat kecil. Di setiap scene, anda akan menemui bekas yang tersorok dengan objek ghaib yang untuk memberi peningkatan kepada watak anda.

Di antara satu misi ke misi yang lain, anda boleh mempertingkatkan watak anda. Ketika mereka menuju ke rank yang seterusnya, watak anda akan menjadi lebih berkuasa, mendapat lebih banyak point nyawa dan memberikan kesan serangan yang lebih tinggi.
Bleach Brave Souls merupakan permainan 3D yang diinspirasikan daripada Bleach Universe. ia mempunyai kawalan sistem dan kesan visual yang menyerlah. Kekurangan yang terdapat pada permainan ini hanyalah anda perlu memuat turun menggunakan data yang banyak.

