Sony Perkenal Barisan Baru Untuk EXTRA BASS – Harga Bermula RM199!

Sony kini menambah pewaris baru di bawah barisan EXTRA Bass iaitu SRS-XB12, SRS-XB22, SRS-XB32 dan GTK-XB72. Produk ini dilihat memberikan penawaran terbaik dengan reka bentuk yang lebih kompak.

SRS-XB22, SRS-XB32 dan GTK-XB72 hadir dengan mod SOUND LIVE – menggunakan teknologi Digital Signal Processing bagi memberikan pengalaman terbaik seakan-akan berada di konsert. Selain itu, kesemua pembesar suara ini juga didatangkan dengan penarafan kalis air IP67 dan jangka hayat bateri yang mampu bertahan hingga 24jam.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan barisan pembesar suara ini menerusi beberapa saluran berbeza seperti Sony Official Store atau pengedar yang sah di seluruh Malaysia dengan penawaran harga seperti berikut :

  • SRS-XB12 – RM199
  • SRS-XB22 – RM419
  • SRS-XB32 – RM619
  • GTK-XB72 – RM1,499
You might also like