- Iklan -

HUAWEI Nova 4e dikenali sebagai peranti pintar yang lebih memfokuskan kepada generasi muda. Terutama, mereka yang gemar mengambil gambar dengan telefon pintar dan menjadikan ia sebahagian daripada kehidupan. HUAWEI Nova 4e berjaya menggabungkan 2 komponen menjadi satu iaitu teknologi dan lifestyle. Ramai tidak percaya, tapi ini buktinya…

Dalam bahasa Latin, Nova membawa maksud bintang. Bila cakap pasal bintang, apa yang terlintas di fikiran adalah sesuatu yang anggun. Begitulah HUAWEI Nova 4e, peranti yang mampu mempersonakan semua peminat tegar dunia telefon pintar. Setiap perincian HUAWEI Nova 4e mempunyai keindahan tersendiri yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Dalam memaksimumkan paparan, HUAWEI Nova 4e dibina dengan skrin berukuran 6.15 inci bersama takuk kecil yang unik. Ia juga dibina dengan bezel nipis yang kian menjadi trend masa kini bersama nisbah skrin-ke-badan mencecah 90.4%. Dengan paparan berkualiti yang menawan, HUAWEI Nova 4e mampu membawa anda ke dunia lebih jelas dengan warna lebih tulen.

HUAWEI Nova 4e hadir dalam 3 warna iaitu Midnight Black, Pearl White dan Peacock Blue. Midnight Black merupakan kemasan hitam dengan sentuhan halus menawan. Manakala, Pearl White terdiri daripada gradien warna unik dengan efek berkilau.

Namun, warna yang paling menarik perhatian adalah Peacock Blue – kemasan warna cerun biru cerah bersama kilauan berbentuk “S” yang menyerupai siluet bulu ekor merak. Peacock Blue boleh dikategorikan sebagai trendsetter dalam dunia telefon pintar.

HUAWEI Nova 4e turut diperkasakan dengan sesuatu yang menarik dalam menjadikan kehidupan seharian lebih menyeronokkan. Antaranya, fungsi video ringtone. Melalui fungsi ini, ia membuatkan setiap panggilan masuk lebih menghiburkan.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menetapkan video kegemaran sebagai nada dering untuk kenalan yang berbeza termasuklah keluarga, rakan-rakan, kekasih dan banyak lagi! Pssttt! Hanya siri HUAWEI Nova 4 sahaja yang memiliki fungsi ini! WOWWW!

Aspek dalaman juga tidak mahu kalah! HUAWEI Nova 4e menyokong prestasi yang berkuasa ‘kuda’ seperti penggunaan cip pemproses Kirin 710 berkelajuan Octa-core 4x Cortex-A73 2.36GHz + 4x Cortex-A53 1.7GHz, memori 6GB RAM + 128GB ROM dan EMUI terbaru 9.0.1.

Tidak ketinggalan, HUAWEI Nova 4e juga sesuai untuk kaki gamers. Sebabnya, peranti ini ditanam ciri GPU Turbo 2.0 – mengoptimumkan sistem untuk prestasi permainan yang lancar.

Antara ciri istimewa pada HUAWEI Nova 4e adalah kamera swafoto dengan lensa 32MP (f/2.0) yang pertama diperkenalkan dalam peranti HUAWEI. Teknologi yang terbina pada lensa ini mempu menawarkan kualiti gambar selfie yang kelihatan sempurna dan semula jadi.

Menariknya lagi, terdapat juga beberapa fungsi menarik seperti 3D Qmoji yang menampilkan sokongan karakter comel seperti penguin, kucing dan banyak lagi!

Selain itu, HUAWEI Nova 4e juga dibina dengan sistem tri-kamera utama dengan lensa ultra lebar yang berteknologi AI – tidak dapat ditandingi mana-mana jenama lain. Bukan calang-calang telefon ni!

Lensa ini hadir dengan kombinasi 24MP (f/1.8) lensa RGB , 8MP (f/2.2) sudut ultra-lebar dan 2MP (f/2.4) bokeh. Menariknya, keupayaan sudut ultra-lebar pada kamera utama ini menyajikan hasil dengan perincian yang memuaskan.

Melaluinya, anda boleh meluaskan perspektif sehingga sudut 120 darjah dan merakam gambar berkumpulan tanpa meninggalkan sesiapa! Lebih best, anda juga tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan posisi sudut yang betul.

Kamera belakang ini boleh mengenal pasti sehingga 22 kategori berbeza. Tetapan warna dan kontras juga dilaraskan secara automatik. Tangkap sahaja apa yang anda inginkan!

Fungsi Night Mode pada HUAWEI Nova 4e juga menarik kerana membolehkan anda mengambil gambar keindahan malam tanpa penggunaan sebarang tripod. Kualiti yang terhasil juga sangat menarik seumpama dalam dunia sebenar. Lihatlah! Betapa canggihnya HUAWEI Nova 4e!

Oh ya! Tidak dilupakan HUAWEI juga telah pun melancarkan HUAWEI Nova 4 yang diperkemaskan dengan teknologi hebat dan merupakan peranti pertama HUAWEI yang menyokong paparan skrin berlubang. Peranti ini ditawarkan pada harga RM1,899 untuk seunit.

Bagi yang berminat HUAWEI Nova 4e kini ditawarkan pada harga RM 1,199 dan boleh didapati menerusi semua HUAWEI Experience Store, HUAWEI Online Store dan pengedar sah di seluruh Malaysia. Maklumat lanjut dan promosi hebat, layari HUAWEI Malaysia.

**Advertorial dari HUAWEI Malaysia