OnePlus 7 Bakal Diperkenal Kepada Umum Bulan Depan – 14 Mei 2019!

Sejak kebelakangan ini, kita banyak mendengar berita perihal kebocoran pewaris baru OnePlus iaitu OnePlus 7. Terkini, OnePlus mendedahkan model tersebut bakal dilancarkan pada bulan hadapan.

Memetik video penggoda yang dikongsi oleh OnePlus, OnePlus 7 bakal diperkenalkan pada 14 Mei depan. Paling menarik perhatian, penggunaan perkataan ” siri OnePlus” jelas memberi bayangan syarikat tersebut bakal hadir dengan lebih daripada satu versi untuk model tersebut.

Apakah agaknya kejutan bakal dibawa oleh OnePlus kepada peminat setia mereka? Sama-sama kita tunggu kemunculan pewaris baru ini dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like