
Berikutan pelancaran rasmi vivo NEX di pasaran tempatan semalam, vivo mengambil kesempatan membuka pra-tempahan kepada peminat NEX mulai sekarang hingga 27 Julai 2018.
Pra-tempahan boleh dibuat di mana-mana kedai konsep vivo, pengedar sah dan rakan kongsi vivo seluruh negara. Sebanyak RM100 sebagai deposit perlu dibayar semasa membuat pra-tempahan, dan anda akan menerima sebuah kotak misteri NEX bernilai RM399.
Selain itu, anda juga boleh membuat pra-tempahan di vivo Store dengan pilihan penghantaran melalui perkhidmatan kurier atau mengambil di kedai vivo yang berhampiran anda pada 28 Julai 2018. Anda juga berpeluang mendapat Gucci Perfume jika anda adalah 20 orang pertama, selain kotak misteri NEX.
Senarai rakan kongsi:

