Dapatkan Samsung S10+ Versi 12GB RAM Dan 1TB ROM Pada Harga RM3999

Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa model terbaharu keluaranya iaitu Samsung Galaxy S10+ yang disertakan dengan storan 1TB dan memori 12GB kini telah di pasaran Malaysia pada harga RM5999. Apa yang menariknya, Harvey Norman telah menawarkan peranti ini dengan harga serendah RM3999.

Peranti ini dilengkapi dengan paparan skrin 6.4 inci Dynamic AMOLED, yang mana ia dikuasakan oleh cip pemproses cip Exynos 9820. Aspek kamera juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan tri-kamera 12MP + 12MP +16MP di bahagian belakang.

Ketahanan bateri ia juga sangat menakjubkan apabila ia disertakan dengan kapasiti bateri sebanyak 4100mAh.Pastinya dengan RAM dan ROM yang besar, menzahirkan persembahan yang lebih lancar dan terbaik.

Kepada sesiapa yang berminat memiliki peranti ini, anda boleh melihatkan di Harvey Norman pada hari ini.

You might also like