- Iklan -

Aplikasi Clubhouse Yang Hanya Dapat Dimain Oleh Orang Atasan! Semua Orang Tergila-Gila Untuk Dapat Kod Jemputan! Satu Kod Jemputan Boleh Dijual Dengan Harga RM1000!

Clubhouse telah menjadi topik yang hangat kebelakangan ini. Semua orang ingin tahu sesiapa yang mempunyai kod jemputan sekarang? Mengapakah Clubhouse ini begitu special? Mengapakah kod jemputannya begitu sukar didapatkan? Admin akan beritahu korang sekarang~

Apakah Clubhouse?

Ringkasnya, Clubhouse ialah platform sosial yang menggunakan suara. Ruang sembangnya menggunakan suara untuk menggantikan teks. Tidak ada foto dan teks yang digunakan dalam platform ini. Pengguna hanya boleh mendengar dan bercakap. Ruang sembang yang dijalankan secara langsung dalam platform ini tidak akan diarkibkan setelah korang selesai bercakap.

Mengapakah Clubhouse begitu Kayangan?

Clubhouse hanya sedia untuk penggunaan sistem iOS pada masa ini. Oleh itu, jumlah pengguna memang terhad berbanding dengan aplikasi social seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Bagaimanakah korang boleh menjadi ahli Clubhouse?

Clubhouse mempunyai kuota yang terhad bagi surat jemputan. Setelah korang berjaya mendaftar dalam Clubhouse, korang hanya boleh menjemput 2 rakan. 

Sekiranya korang menjadi ahli aktif, korang dapat meningkatkan jumlah jemputan!

Apabila korang menggunakan Clubhouse selama masa yang panjang dan mencapai tahap aktiviti tertentu, contohnya meluangkan masa untuk menganjurkan bilik moderasi (moderating room) atau berkongsi (speak), korang akan mendapat lebih banyak peluang untuk menghantar jemputan kepada kawan.

Nama boleh didaftarkan tanpa kod jemputan!

Jika korang belum dijemput, tetapi korang nak menyimpan nama yang korang ingin gunakan dalam Clubhouse, korang boleh memuat turun aplikasi Clubhouse dari App Store dan mendaftar nama korang melalui nombor telefon bimbit.

Satu kod jemputan boleh jual sampai harga RM1000!

Banyak orang yang menjual kod jemputan Clubhouse di eBay, dan ada yang minta $250 (Sekitar RM1,000)!

Banyak selebriti yang bermain aplikasi ini!

Kuota bagi Clubhouse memang terhad. Oleh itu, ahli Clubhouse mempunyai status yang tinggi, dan kadang-kadang korang dapat melihat selebriti yang terkenal dalam talian. Netizen yang cukup bernasib baik untuk main aplikasi ini mengatakan bahawa mereka bernasib baik kerana melihat selebriti seperti Jam Hsiao dan JJ Lim .. .

You might also like