
Produk peringkat kelas mampu-milik terbaru Xiaomi, Redmi 9T dilancarkan secara rasmi di Malaysia, sekarang sudah ada di tangan editor! Peranti ini mempunyai prestasi dan daya tahan yang sangat baik, reka bentuk penampilan yang unik serta dapat mengambil fotografi dengan baik. Seterusnya, jom tengok fungsi utama dan ciri khas Redmi 9T ini!

Rupa Paras Memang Onz!!

Dari segi penampilan, Redmi 9T mengadaptasi rekaan moden yang sangat baik. Peranti ini mempunyai cengkaman yang baik, tetapi rasanya peranti ini agak tebal.

Bahagian atas dan bawah badan peranti ini mempunyai reka bentuk yang rata. Bahagian bawahnya dilengkapi dengan pembesar suara, port pengisian Type-C dan lubang mikrofon dan bahagian atasnya mempunyai pembesar suara lain, lubang fon kepala 3.5mm dan lubang mikrofon.

Bahagian kanan peranti ini dilengkapi dengan butang kawalan kelantangan dan suis kuasa. Suis kuasa peranti ini bergabung dengan pengimbas cap jari kerana Redmi 9T menggunakan fungsi membuka kunci sidik jari sisi Slot kad SIM disediakan di sisi sebelah.
Skrin Mengangumkan Dengan 6.53 inci FHD + Waterdrop Screen

Redmi 9T dilengkapi dengan 6.53 inci FHD + waterdrop screen dan Corning Gorilla Glass 3 yang tahan calar secara berkesan serta meningkatkan pengalaman pengguna untuk menonton video yang berkualiti tinggi.

Selain itu, skrin ini juga dilengkapi dengan pensijilan cahaya biru rendah Widevine L1 dan TÜV Rheinland. Semasa pengguna menjelajahi Internet dengan masa yang panjang, mod membaca boleh dihidupkan, dan skrin akan mengurangi cahaya biru sehingga minimum untuk melindungi mata pengguna supaya pengguna tidak mudah berasa letih.

Sudah tentu, mod gelap memang diperlukan! Sekiranya korang sering menggunakan telefon korang dalam keadaan yang gelap (lebih baik jangan kerap guna fon macam ini), admin cadangkan korang untuk menghidupkan mod ini supaya korang rasa lebih selesa. Pengguna juga boleh menghidupkan mod gelap untuk aplikasi pihak ketiga agar visual antara muka lebih bersepadu.
Kamera Utama Dengan 48MP!!!

Redmi 9T dilengkapi dengan lensa utama 48MP AI. Keempat-empat lensa termasuk kamera utama 48MP, sudut lebar 8MP, makro 2MP dan lensa kedalaman 2MP. Kamera ini juga menyediakan pelbagai mod potret, dan pengguna juga dapat mengaktifkan mode HDR, AI, kecantikan atau penapis secara manual.

Kedua-dua lensa depan dan belakang dapat menggunakan mod potret dan penyesuaikan tahap kecantikan. Semasa korang mengambil gambar selfie, korang juga dapat menyesuaikan kesan kecantikan wajah dalam sebahagian muka. Pada masa yang sama, peranti ini juga menyediakan pelbagai jenis pilihan penapis yang membolehkan korang menghasilkan pelbagai gambar atau video blockbuster yang unik.

Kamera Redmi 9T dilengkapi dengan fungsi bingkai filem yang baru. Peranti ini juga menyediakan pelbagai kelajuan dan time lapse untuk rakaman video. Bukan sahaja fungsi yang admin perkenalkan kepada korang, peranti ini juga menyediakan mod video kecil yang memberi pilihan seperti pengindahan, penapis, kaleidoskop dan tetapan kelajuan kepada pengguna untuk merakam lebih banyak gambar dan video kreatif.
Berikut adalah hasil gambar sebenar Redmi 9T:
Bateri 6000mAh & pengecasan pantas 18W

Salah satu sorotan terbesar Redmi 9T merupakan kapasiti bateri 6000mAh yang besar. Baterinya menyokong pengecasan pantas 18W yang dapat meminimumkan masa pengguna menunggu bateri caj sampai penuh dan mempercepat proses waktu pengisian bateri.

Selain mempunyai pengecasan pantas, Redmi 9T juga memiliki mod penjimatan bateri. Jika mod penjimatan bateri dihidupkan, pengguna dapat memilih 6 aplikasi selain panggilan, buku alamat, dan pesanan teks. Antaramuka akan juga menjadi hitam sepenuhnya, dan kecerahan akan disesuaikan secara automatik. Dengan cara ini, masa penggunaan akan lebih panjang.
Pemproses Snapdragon 662 dan ciri khas MIUI 12

Redmi 9T dilengkapi dengan cip Snapdragon 662 di dalam bahagian perkakasan dalaman yang digabungkan dengan pemproses penjimatan kuasa 11nm supaya peranti mempunyai prestasi yang lebih tinggi, kurang panas dan penggunaan kuasa yang lebih rendah. Di samping itu, Redmi 9T memiliki fungsi Game Turbo yang dapat meningkatkan prestasi permainan. Dengan fungsi ini, pengguna juga dapat menghidupkan mod tanpa gangguan, merakam skrin semasa bermain permainan dan membuka jendela kecil bagi aplikasi lain.

Selain itu, admin juga menyebutkan di atas bahawa Redmi 9T menggunakan pengimbas cap jari di bahagian sisi peranti. Setelah korang memasukkan cap jari, korang juga dapat membuka kunci dengan menyentuh atau menekan pengimbas cap jari. Sudah tentu, korang masih boleh memilih pengesanan muka untuk membuka kunci peranti.
Apa Kata Editor!

Sebagai model mampu-milik, Redmi 9T mempunyai prestasi keseluruhan yang baik dari segi reka bentuk dan fungsi kamera. Peranti ini mempunyai reka bentuk badan dan skema warna sangat menarik, serta mempunyai kapasiti bateri 6000mAh yang besar. Oleh itu, ketebalannya memang dah boleh dijangkan. Perkara seterusnya ialah fungsi kameranya yang mencukupi dan menyeronokkan daripada yang admin bayangkan. Hasil gambar kelihatan cantik dengan berbagai-bagai mod fotografi yang kreatif. Yang terakhir ialah kapasiti bateri 6000mAh yang besar, tetapi cas 18W tidak cukup pantas. Terdapat satu perkara yang admin rasa sayang sekali ialah reaksinya kadang-kadang tidak cukup sensitif, dan kadang-kadang tidak lancar semasa operasi, tetapi versi yang admin cuba ialah versi RAM 4GB. Oleh itu, admin pun tidak tahu apakah kelebihan versi RAM 6GB berbanding dengan versi RAM 4GB~
Harga bagi Redmi 9T ialah RM599 (4GB + 64GB) dan RM699 (6GB + 128GB). Pengguna yang berminat boleh membelinya secara atas talian di kedai Xiaomi rasmi Lazada atau Shopee, atau pergi ke kedai Xiaomi yang rasmi untuk membeli peranti ini. Untuk mendapat maklumat lebih lanjut mengenai produk Xiaomi Malaysia, sila layari laman web rasmi, Facebook atau Instagram rasmi.