OpenSignal : Pengguna Samsung Di Malaysia Alami Pengalaman Muat Turun Lebih Baik Berbanding Pengguna HUAWEI & iPhone

OpenSignal telah pun mengeluarkan laporan terkini berkaitan impak pemilihan peranti pintar terhadap pengalaman rangkaian mudah alih pengguna – menganalisis lebih daripada 117 billion daripada 23,352,908 peranti menggunakan aplikasi OpenSignal di seluruh dunia dalam tempoh 3 bulan (1 April – 30 Jun 2019).

Laporan mendedahkan pengguna Samsung mengalami pengalaman muat turun lebih pantas berbanding pengguna HUAWEI dan iPhone di 35% negara daripada 40 buah yang dikaji – termasuk Malaysia. Menurut laporan dikongsi, pengguna Samsung di Malaysia mengalami kelajuan muat turun 1.3Mbps lebih cepat berbanding pengguna HUAWEI dan ia juga didapati 3.3Mbps lebih pintas daripada pengguna iPhone.

Opensignal kategorikan pengguna setiap jenama kepada (3) peringkat : tinggi, pertengahan & rendah – berdasarkan rangkaian LTE peranti. Peranti Samsung mempunyai kelajuan muat turun terpantas pada peringkat tinggi. Pengguna iPhone pula mempunyai prestasi muat turun terbaik di peringkat pertengahan, manakala HUAWEI mengalami prestasi terbaik pada peringkat rendah.

Laporan juga mendedahkan seluruh 73 negara – purata kelajuan muat turun yang dialami oleh pengguna dengan peranti ‘gigabit’ berkeupayaan tinggi (kategori LTE 16 atau keatas) adalah di antara 70.4 Mbps di Korea Selatan kepada 6.6 Mbps di Iraq. Pengguna Malaysia mencatatkan purata kelajuan muat turun sehingga 19.9Mbps – sekaligus meletakkan Malaysia di tangga ke 55 daripada 73 buah negara tersebut.

Kategori ini dianggap antara elemen penting kerana pengguna peranti pintar peringkat tinggi merupakan petunjuk utama tahap pengalaman rangkaian mudah alih dan menunjukkan arah untuk keseluruhan pengalaman bagi penduduk sesebuah negara.

Pada masa sama, OpenSignal turut menjalankan analisis untuk pengguna peranti pintar di peringkat pertengahan dan rendah – perbezaan adalah amat ketara mengikut negara. Di Malaysia, pengguna peringkat pertengahan mencatatkan kelajuan muat turun sebanyak 13.8Mbps, manakala pengguna peringkat rendah pula adalah 12.3Mbps – perbezaan sebanyak sebanyak 1.6 berbanding pengguna peringkat tinggi.

You might also like