“Journey” Kini Boleh Didapati Di iOS – Muat Turun Sekarang!

Journey, antara salah satu permainan yang tidak asing lagi dalam kalangan kaki gamers. Permainan ini dikatakan cukup unik dengan idea tersendiri. Untuk pengetahuan semua, Journey kini tersedia untuk versi iOs – dilancarkan oleh Annapurna Interactive . Bagi yang berminat, Journey boleh dibeli pada harga RM19.90 dan ketersediaan bermula sekarang.

Journey merupakan sebuah permainan pengembaraan – menawarkan pemain pelbagai lokasi dan perlu menyelesaikan sejumlah teka-teki. Apa yang menarik, ia menyediakan fungsi pemain secara atas talian – membolehkan pemain berjuma dengan permain lain dan mengembara bersama. Muat turun aplikasi menerusi pautan di bawah :

App Store : Journey 

You might also like