IFA 2017: Sony Xperia XZ1 Dan Xperia XZ1 Compact – Dua Model Baru Dengan Snapdragon 835

IFA 2017, Berlin : Sony Mobile telah memperkenalkan dua model tambahan ke dalam barisan flagship mereka, iaitu Xperia XZ1 dan Xperia XZ1 Compact. Dua model ini disaratkan dengan fungsi dan ciri menarik sekaligus dapat bersaing dengan jenama yang lain. Untuk itu, kedua-duanya dibekalkan dengan cip berkuasa, Qualcomm Snapdragon 835.

Xperia XZ1 mendapat sokongan terbaru Motion Eye dimana kamera yang digunakan dibina berasaskan teknologi Sony ‘α’ dan ‘Cyber-shot’. Dilengkapi dengan kamera belakang 19 Megapiksel, sensor Exmor RS ini mampu merakam video gerak perlahan sehingga 960fps. Ciri Predictive Capture pula membolehkan peranti mengesan perbuatan atau senyuman sebelum butang shutter ditekan. Kamera depan pula hadir dengan sensor 1/3” 13 Megapiksel – tiada masalah untuk rakaman selfie kerana menyediakan fungsi display flash.

Skrin lebih jelas dan terang dengan adanya paparan 5.2 inci HD penuh TRILUMINOS, selain tontonan filem juga lebih mantap melalui ciri HDR. Sistem audio pada telefon pintar ini mendapat talaan DSEE HX sekaligus menyalurkan bunyi yang begitu berkualiti. Speaker stereo pula membawakan pengalaman muzik 50% lebih kuat berbanding model terdahulu.

Melalui kuasa RAM sebesar 4GB serta sambungan USB Type-C, pemindahan data dan kerja multi-tasking kini 10 kali lebih pantas, malah bateri 2,700mAh yang dibekalkan turut mendapat sokongan pengecasan pantas Qnovo Adaptive Charging.

Xperia XZ1 Compact pula didatangkan dengan saiz kerangka yang lebih kecil iaitu menggunakan paparan 4.6 inci HD penuh. Walaupun memiliki badan yang kompak, ia direka dengan terperinci kerana turut mendapat sokongan kalis air IP68 dan panel Corning Gorilla Glass 5 yang tahan lasak. Kamera depan didatangkan dengan sensor 8MP bersudut lebar 120 darjah – selain boleh diubah kepada 80 darjah sesuai untuk penggambaran selfie.

Sony yang popular dengan teknologi bunyi telah mencipta XZ1 Compact lebih menarik dengan penambahbaikan ciri Clear Audio+ , pembatalan suaran (noice cancelling), DSEE HX, dan lain-lain. Rekaan pada kerangka badan peranti ini lebih baik dengan kemasan bodi premium selain ditawarkan dalam warna Moonlight Blue, Venus Pink, Warm Silver, dan Classic Black.

Bagi anda yang meminati legasi Xperia, XZ1 dan XZ1 Compact akan mula berada di pasaran secara global pada September depan bersama-sama sistem operasi Android 8.0 Oreo.

You might also like