
Nantikan Ketibaan vivo X7/X7Plus!
https://www.youtube.com/watch?v=UUKv-reA6Fc&feature=youtu.be
Ahhhhh…hensemnya Song Joong‑ki nie!!!
Inilah dia kehangatan setelah cerita drama Korea Descendants of the Sun yang dibintangi oleh pelakon utama Song Joong‑ki dan Song Hye‑kyo telah menjadi topik hangat di kalangan peminat tegar Korea.
Okay~balik kepada topik hari ini! Apa kena mengena dengan Song Joong-ki?! Baru-baru ini pihak vivo telah mengeluarkan berita rasmi di laman sosial weibo mengenai pelancaran vivo X7/X7Plus yang bakal diperkenalkan pada 30 Jun 2016. Lebih mengejutkan lagi adalah bintang Korea terkenal ini akan menjadi duta bagi vivo X7.
Jadi sekiranya anda peminat tegar Song Joong-ki, mesti akan membeli smartphone ini disebabkan anda ingin mempunyai citarasa yang sama dengan beliau, betul tak?! Strategik sebegini sememangnya sangat berkesan pada masa kini, terutamanya pengaruh dari bintang Korea.
Kehebatan vivo X7 tidak dapat dinafikan lagi kerana kehadiran 16 megapiksel pada kamera hadapan telah menjadi tarikan utama kali ini. Selain itu, pengecaman cap jari yang lebih pantas dan pemproses Qualcomm Snapdragon dengan 4GB RAM menjamin kelajuan smartphone ini.
Apa lagi spesifikasi menarik pada peranti ini? Kita nantikan perasmian vivo nanti.