
Ini ada berita menarik mengenai Celcom Axiata Berhad apabila mereka kini telah melancarkan Celcom Business Suite. Menariknya, ia merupakan sebuah one-stop digital communication dan solusi operasi yang direka khas untuk membantu perniagaan berkembang menggunakan teknologi terkini.

Menerusi Celcom Business Suite ini, ia dihadirkan dengan 1 pakej semua dalam 1 yang mana pengguna bakal menerima sambungan internet mudah alih dengan kuota yang besar dan internet jalur lebar dengan WiFi.
Pakej Celcom Business Suite ini merangkumi aspek berikut:
- Celcom Business AllShare
- Celcom Business Wireless
- Celcom SafePay mPOS
- OMNI Communication
- VirtuExt

Lebih menarik, pelanggan Celcom Business juga boleh memilih untuk add-ons perkhidmatan tambahan berdasarkan keperluan perniagaan mereka. Pelanggan Celcom Business Sute boleh memilih Microsoft Office365: Business Essential, Microsoft Office365: Business Premium, additional VirtuExt extension, Location Based Advertising(LBA) dan Cloud Secure.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Celcom Business Suite untuk perniagaan, anda boleh melayari laman sesawang dengan klik di sini.
__________________________________
Artikel Berkaitan:

