
Nokia 9 Tidak Akan Diperkenal Pada 5 Disember Depan?
Nokia 9 nyata bakal membawakan ‘angin baru’ dalam dunia gajet memandangkan ia merupakan telefon pintar pertama yang hadir dengan lima ‘mata’ pada bahagian belakang.
Berikutan itu juga, pastinya ia merupakan salah satu telefon pintar yang paling ditunggu-tunggu oleh orang ramai pada ketika ini kerana berita mengenainya sudah tersebar secara meluas di media sosial.

Bagaimanapun, agak mendukacitakan apabila kecoh di laman twitter mengatakan bahawa Nokia 9 tidak akan diperkenalkan pada majlis pelancaran Nokia yang berlangsung di Dubai pada 5 Disember depan.
Memetik tweet tersebut juga, Nokia 9 ditangguh pelancarannya atas sebab yang tidak diketahui dan keputusan itu dibuat oleh Ketua pegawai produknya sendiri iaitu, Juho Sarvikas.

Perkara ini sudah pastinya agak mengecewakan buat mereka begitu tertunggu-tunggu kehadiran telefon pintar ini. Apa-apapun, kita tunggu sahajalah pelancaran rasmi kelak, mungkin ada kejutan daripada pihak Nokia. Haa siapa tahu kan!
[SUMBER]
_________________________________________________________________
Baca juga :

