Huawei Bakal Perkenalkan Telefon Pintar Dengan Paparan Infinity-O Disember 2018 Ini?!

Sebentar tadi, kami ada berkongsi dengan anda mengenai model pertama yang hadir dengan paparan Infinity-O adalah Samsung Galaxy A8s. Ia dikhabarkan akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Terbaru, tersebar satu laporan yang mengatakan Huawei mungkin menjadi pencabar terdekat Samsung apabila bakal memperkenalkan telefon pintar Infinity-O lebih awal. Jika dilihat daripada imej yang tersebar, Huawei akan memperkenalkan sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada swafoto serta paparan penuh.

Apa yang menarik perhatian, gambar tersebut mempunyai lubang kecil pada sudut kiri atas skrin dan telefon pintar akan diperkenalkan pada Disember 2018 ini. Buat masa sekarang, tidak diketahui model apakah yang akan diperkenalkan oleh Huawei.

[SUMBER]

Baca juga :

You might also like