Memori Tambahan Untuk iPhone Dalam Bentuk Casing?!

Kekurangan memori selalunya terjadi kepada iPhone yang dilengkapi memori kecil seperti 16GB. Oleh itu, Sandisk telah memperkenalkan memori tambahan untuk pengguna iPhone tetapi dalam bentuk sebuah casing yang sangat praktikal.

Sandisk iXpand Memory Case ini direka khas untuk peranti iPhone 6/6s, di mana ia menyediakan memori dalaman bermula 32GB sehingga 128GB. Jadi tidak menjadi masalah jika memori iPhone penuh, anda boleh terus pindahkannya ke casing ini menggunakan sambungan port Lightning. Lebih istimewa lagi, casing terbaru keluaran Sandisk ini turut menyokong bateri tambahan berkapasti 1900mAh yang dijual pada harga USD40 (kira-kira RM164).

iXpand_Memory_Case_All_Colors_front_meitu_2
Harga Jualan Sandisk iXpand Memory Case

  • 32GB: USD59.99 (kira-kira RM246)
  • 64GB: USD99.99 (kira-kira RM410)
  • 128GB: USD129.99 (kira-kira RM533)
You might also like