
HTC Sense Akan Ditawarkan Kepada Pengguna Android Lain
HTC Sense 8 merupakan antaramuka terbaru yang dimuatkan di dalam peranti flagship HTC 10 . Seperti kebanyakan daripada anda sudah tahu, sistem antaramuka terbaru menawarkan rekaan yang lebih minimal dan hampir kepada versi asal Android dari Google.
Namun HTC tetap melakukan sedikit modifikasi pada sistem HTC Sense, mereka memilih aplikasi terbaik untuk menjalankan ssesuatu tugas berbanding sebelum ini, di mana terdapat beberapa aplikasi yang menjalankan tugas yang sama.
Berita penawaran ini mungkin akan diterima baik sesetengah pengguna, terutamanya kepada mereka yang meminati sistem antaramuka yang minimal. Namun HTC masih belum mengumumkan tarikh rasmi HTC Sense akan dilancarkan untuk pengguna Android.