
Program ‘e-Tunai Rakyat’ telah dilancarkan dengan dana keseluruhan RM450 juta. Sebanyak RM30 bakal diagihkan kepada 15 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000/tahun. Penebusan boleh dibuat bermula esok (15 Januari 2020) – 14 Mac 2020 melalui saluran e-dompet berbeza termasuk GrabPay, Boost dan Touch ‘n Go. Mesra diingatkan, hanya satu aplikasi sahaja boleh digunakan untuk penebuasan! Bukan ketiga – tiga aplikasi.
NOTA PENTING!
Syarat permohonan Program ‘e-Tunai Rakyat’
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun & ke atas pada tahun 2020
- Pendapatan di bawah RM100,000/ tahun
PENEBUSAN MENERUSI APLIKASI Touch ‘n Go
- Langkah 1 : Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet (Kalau takde, download & install dulu okay!)
- Langkah 2 : Sahkan akaun Touch ‘n Go eWallet
- Langkah 3 : Ambil gambar kad pengenalan
- Langkah 4 : Ambil gambar selfie seperti yang diminta
- Langkah 5 : Selesai! Tebus e-Kredit RM30 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 15 Januari 2020, okay!
PENEBUSAN MENERUSI APLIKASI GRABPAY
- Langkah 1 : Buka aplikasi Grab (Kalau takde, download & install dulu okay!)
- Langkah 2 : Aktifkan GrabPay
- Langkah 3 : Masukkan nama & nombor kad pengenalan
- Langkah 4 : Ambil gambar kad pengenalan
- Langkah 5 : Korang akan terima pengesahan jika semua maklumat diminta dihantar dengan betul
- Langkah 6 : Selesai! Tebus e-Kredit RM30 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 15 Januari 2020, okay!
PENEBUSAN MENERUSI APLIKASI BOOST
- Langkah 1 : Buka aplikasi Boost (Kalau takde, download & install dulu okay!)
- Langkah 2 : Masukkan butiran seperti yang diminta
- Langkah 3 : Naik taraf aplikasi kepada Boost Premium
- Langkah 4 : Masukkan nama & nombor kad pengenalan
- Langkah 5 : Ambil gambar kad pengenalan
- Langkah 6 : Berpeluang terima cashback RM5 jika berbelanja sebanyak RM10 (untuk pertama kali)
- Langkah 7 : Tekan “Get ready to claim e-Tunai” dan ikut arahan yang diberikan. Selesai!
_______________
BACA JUGA:
- Program ‘e-Tunai Rakyat’ Insentif RM30 – Jom Claim Sekarang & Rebut Ganjaran Ekstra Best!
- Program ‘e-Tunai Rakyat’ Insentif RM30 – Macam Mana Nak Dapatkan Bonus Eksklusif RM30
- Touch ‘N Go e-Wallet Tawarkan Promosi e-huat – Nikmati Rebat Tunai Sehingga RM888 Apabila Membuat Transaksi