Program ‘e-Tunai Rakyat’ Insentif RM30 – Jom Claim Sekarang & Rebut Ganjaran Ekstra Best!

Today is the day! Yeay! Jom claim RM30 e-Tunai Rakyat sekarang dan rebut pelbagai ganjaran ekstra best yang ditawarkan! Penebusan boleh dibuat menerusi tiga saluran berbeza termasuk Touch n Go eWallet, Boost dan GrabPay bermula hari ini (15 Januari 2020) sehingga 14 Mac 2020.

[ BACA : Program ‘e-Tunai Rakyat’ Insentif RM30 – Eh, Macam Mana Nak Tebus? ]

Pun begitu, mesra diingatkan bahawa setiap penebusan memerlukan pengesahan selama beberapa hari (contoh : Pengesahan aplikasi GrabPay selama 2 hari). Mesra diingatkan juga, hanya satu aplikasi sahaja boleh digunakan untuk penebusan! Bukan ketiga – tiga aplikasi. Berikut adalah antara ganjaran yang ditawarkan mengikut aplikasi :

Untuk penebusan menerusi Touch n Go eWallet, korang berpeluang menerima bonus eksklusif lagi sebanyak RM30 – di mana menjadikan kesemua ganjaran bernilai RM60. Di samping itu, korang juga berpeluang menerima ganjaran lain seperti mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dan rebut hadiah bernilai sehingga RM2 juta – termasuk Proton X70, motosikal, telefon bimbit HUAWEI & vivo!

Untuk penebusan menerusi GrabPay pula, korang berpeluang merebut pelbagai baucar dan diskaun menarik bernilai sehingga RM3,000! Jadi antara 10,000 orang terawal membuat penebusan dan lagi banyak ganjaran yang korang boleh rebut! Siapa cepat, dia dapat okay!

Untuk penebusan menerusi aplikasi Boost, korang juga boleh dapat ganjaran ekstra best! Claim RM30 dan nikmati Bonus Shake bernilai sehingga RM8,888! Tunggu apa lagi? Jom claim sekarang! Jangan tunggu lama – lama nanti menangis!

 

NOTA PENTING!

Syarat permohonan Program ‘e-Tunai Rakyat’ :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun & ke atas pada tahun 2020
  • Pendapatan di bawah RM100,000/tahun

 

MUAT TURUN APLIKASI MENERUSI :

You might also like