Huawei P20 & P20 Pro Diperkenalkan Secara Rasmi – Berharga RM2,599 & RM3,299

Seperti yang kita semua tahu, Huawei P20 dan P20 Pro baru sahaja dilancarkan di Paris pada 28 Mac yang lepas. Hari ini, Huawei Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan P20 dan P20 Pro untuk pasaran malaysia. Kedua-duanya ditawarkan pada harga RM2,599 untuk P20 dan P20 Pro pula berharga RM3,299.

Kedua-dua peranti ini akan dijual bermula 6 April 2018 dan juga tersedia untuk telco Celcom, Digi, Maxis dan Seng Heng. Pelanggan yang membeli telefon pintar ini juga dapat mengakses aplikasi khas di dalam peranti ini untuk menebus pelbagai hadiah menarik. Huawei P20 dan P20 Pro didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Hitam, Midnight Blue dan Pink Gold.

Beli di sini ⇓⇓

 

Pembeli dapat mengakses aplikasi khas untuk menebus pelbagai hadiah menarik.

Huawei P20 dan P20 Pro hadir dengan skrin FullView Display 18:7:9 bersaiz 5.8 inci LCD (2244 x 1080p) dan 6.1 inci OLED (2240 x 1080p). masih mengekalkan pemproses Kirin 970, ia hadir dengan dua varian iaitu 128GB/4GB RAM dan 128GB/6GB RAM pada varian Pro.

Keistimewaan telefon pintar ini adalah penggambarannya yang hebat! Huawei P20 dibekalkan dwi-kamera gabungan daripada sensor 12 MP + 20 MP dibantu oleh aperture f/1.8 dan f/1.6 pada setiap sensor. Manakala Huawei P20 Pro pula ditambah dengan satu lagi sensor 40 Megapiksel, sekaligus menjadikan P20 Pro telefon pintar tiga kamera berteknologi Leica pertama di dunia.

PERBANDINGAN SPESIFIKASI

You might also like