
Huawei P20 dan P20 Pro bakal dilancarkan di Malaysia sekejap saja lagi. Sebelum Huawei mengumumkan harga rasmi bagi kedua-dua telefon pintar ini, apa kata kita lihat rekaan fizikal Huawei P20 Pro terlebih dahulu, yang mana menyokong penggambaran tri-kamera 40 Megapiksel.
Menampilkan paparan skrin berukuran 6.1 inci OLED dengan resolusi 2240×1080 piksel.
Panel belakang yang kelihatan berkilat dan tidak mudah meninggalkan kesan cap jari.
Dibekalkan dengan tiga lensa Leica beresolusi 20MP + 40 MP + 8MP.
Kamera swafoto beresolusi 24 Megapiksel dengan mod Selfie-Potrait.
UI penggambaran utama
Seperti biasa, sisi kanan menempatkan butang Kuasa dan butang laras Volume.
Manakala sisi kiri pula agak ringkas dengan slot untuk kad SIM & microSD.
Bahagian atas hanya kelihatan butang InfraMerah, lubang mikrofon dan jalur antena.
Bahagian bawah menempatkan port USB Type-C dan dua buah speaker.
Spesifikasi Huawei P20 Pro
- Android 8.1 Oreo + EMUI 8.1
- Kirin 970, Quad Core 2.36GHz + Quad Core 1.8GHz
- 155×73.9×7.8mm / 180g
- 6.1 inci OLED beresolusi 2240×1080 piksel (408 ppi)
- 20MP + 40 MP + 8MP (AI Image Stabilization + 960fps Super Slow Motion)
- 24 Megapiksel + Selfie-Potrait
- Li-Ion 4,000mAh + SuperCharge 4.5V/5A
- IP67 (kalis air & debu)
- Black, Midnight Blue & Pink Gold
Beli di sini ⇓⇓