Logitech Memperkenalkan CREATE Untuk iPad Pro 9.7 inci

Logitech CREATE Ipad Pro 9.7_2Hari ini Logitech Malaysia memperkenalkan sebuah peranti perumah dan papan kekunci yang dicipta khas untuk digunakan bersama iPad Pro 9.7 inci . Ia tidak menggunakan sambungan Bluetooth, sebaliknya bergantung kepada sambungan Smart Connector untuk CREATE berkomunikasi dengan iPad Pro.

Logitech CREATE Ipad Pro 9.7_1CREATE tidak mempunyai bekalan kuasanya yang sendiri, ia menarik kuasa dari iPad Pro untuk berfungsi, namun anda tidak perlu risau akan penggunaa kuasa peranti ini kerana hanya kuasa yang minimal sahaja digunakan. Logitech juga melengkapkan barisan kekunci khas untuk sistem operasi iOS supaya anda boleh mengakses fungsi tertentu dengan lebih pantas.

CREATE akan mulda dijual penghujung bulan ini melalui pengedar MCL Bhd dan Blue Logic Enterprise Sdn Bhd pada harga runcit RM 599.

You might also like