#BigMacTikTok Challange Tawar Hadiah Lumayan Sehingga RM20,000!

Tik Tok dengan kerjasama McDonald’s Malaysia kini telah melancarkan #BigMacTikTok Challenge di mana menjemput orang ramai untuk mempamerkan gerak tari mereka yang terbaik bagi merebut peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000!

Bermula HARI INI sehingga 31 Oktober 2018, tunjukkan bakat dan kreativiti anda melalui #BigMacTikTok Challenge dengan memuat naik video TikTok menggunakan mana-mana lagu-lagu Big Mac.

Ikuti 5 langkah mudah di bawah untuk sertai challange ini. Mana tahu korang bernasib baik kan terpilih sebagai pemenang…

  • Langkah 1 : Muat turun aplikasi TikTok ke telefon pintar anda.
  • Langkah 2 : Klik butang “RECORD”, kemudiannya diikuti dengan butang “PICK A SOUND”, dan butang “CHALLANGE”
  • Langkah 3 : Pilih lagu Big Mac pilihan anda kemudian rakam tarian anda dengan gaya yang paling kreatif.
  • Langkah 4 : Muat naik dan kongsi video pendek tersebit di media sosial anda (Facebook atau Instagram) dengan hashtag #BigMacTikTok.
  • Langkah 5 : Pilih URL penyertaan, log masuk ke Aplikasi McDonald’s, isi butiran anda dan masukkan URL entri dan klik “SUBMIT”.

Tiga (3) peserta dengan penyertaan yang paling kreatif akan memenangi hadiah wang tunai bernilai sehingga RM10,000. Di mana, tempat pertama akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 5,000. Bagi tempat kedua dan ketiga pula, pemenang masing-masing akan membawa pulang RM 3,000 dan RM 2,000.

Manakala, lima (5) peserta dengan penyertaan terbaik di bawah kategori terpilih pula bakal memenangi hadiah khas sebanyak RM1,000 setiap satu. Tidak ketinggalan juga, lima puluh (50) baucer McD bernilai RM100 akan turut diberikan sebagai hadiah saguhati. Untuk maklumat lanjut, klik di SINI.

You might also like