
Akhirnya, bertempat di Cafe Hello Kitty, Hello Kitty Grace 10 secara rasminya untuk pasaran Malaysia yang hanya dijual sebanyak 1000 unit sahaja. Komputer riba 2 dalam 1 ini ditawarkan pada harga RM 999 termasuk GST. Untuk 50 orang pembeli terawal akan menerima memori kad microSD Kingston 32GB. Pembelian boleh dibeli di Lazada dan juga Gloo.
9 Sebab Kenapa Perlu Memiliki Hello Kitty Grace 10?
- Datang sekali dengan papan kekunci yang dikenali sebagai Hello Kitty Pigo Keyboard.
- Hello Kitty Grace 10 turut disediakan bersama wallpapers yang menawan.
- Hanya seberat 600g, ia memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja.
- Hello Kitty Grace 10 menampilkan paparan skrin berukuran 10.1 inci dengan resolusi
1280 X 800 piksel. - Jangan risau mengenai kapasiti bateri kerana komputer riba ini menawarkan bateri sebesar 6600mAh yang boleh digunakan selama 5 jam.
- Hello Kitty Grace 10 dikuasakan oleh pemproses Intel Z8300, 1.833GHZ bersama 2GB RAM.
- Ia turut menyediakan memori dalaman sebesar 32GB dengan storan awan OneDrive sebesar 15GB.
- Apa yang menariknya, Hello Kitty Grace 10 dioperasikan oleh Windows 10.
- Ia telah dimuat turun bersama aplikasi Microsoft Office Mobile.

