Nak Jimat? Try Servis WiFi Calling Dari U Mobile!

 

Pegawai-pegawai eksekutif U Mobile melancarkan servis WiFi Calling
Pegawai-pegawai eksekutif U Mobile melancarkan servis WiFi Calling
Jasmine Lee (Chief Marketing Officer U Mobile) menerangkan kelebihan servis WiFi Calling.
Jasmine Lee (Chief Marketing Officer U Mobile) menerangkan kelebihan servis WiFi Calling.

Hello geng eRing! Siapa guna U Mobile? Lepas ni jimat la bil korang sebab U Mobile baru je melancarkan servis WiFi Calling untuk pengguna talian mereka. Ni yang pertama di Malaysia tau, tepuk tangan sikit untuk U Mobile!

Apa yang best WiFi Calling ni? Yang pertama mestilah lagi jimat dari panggilan biasa, lagi-lagi kalau korang call nombor Malaysia dari luar negara, U Mobile cas panggilan tu guna kadar tempatan je, tak pakai cas IDD, perghh. Konsepnya mudah sahaja, panggilan ke nombor Malaysia walau di mana pun lokasi akan menggunakan cas tempatan, manakala panggilan ke nombor lain-lain negara walau di mana pun lokasi akan dikenakan cas IDD.

Lepas tu tak payah susah nak cari coverage ke apa, janji smartphone korang tersambung ke WiFi, mudah kan. Dari dalam bangunan bawah tanah pun boleh buat call, yang penting ada WiFi la, tak ada WiFi tak boleh buat apa la. Lagi satu, misalnya korang dalam flight dan nak buat call, connect saja ke sambungan WiFi dalam penerbangan

Best kan, jadi siapa yang boleh guna servis ni, meh abang bagi details dia: –

1. Of course korang mesti guna talian U Mobile, prepaid boleh postpaid pun boleh.

2. Smartphone mestilah model yang support WiFi Calling macam iPhone 5C, 5S, SE, 6, 6 Plus, 6S, dan 6S Plus. Kalau pakai Android kena tunggu sampai suku tahun ketiga, barulah servis tu akan support kat peranti Android.

3. Update iPhone anda ke versi iOS 9.3 dan pastikan carrier setting pun dah update ke versi paling baru.

4. Aktifkan fungsi WiFi Calling kat smartphone anda, pergi ke bahagian setting>phone>WiFi Calling.

5. Sambung ke WiFi dan nanti anda akan nampak notifikasi U Mobile WiFi kat bahagian notifikasi masa nak buat call. Kalau dah nampak tu memang anda sudah boleh buat call guna WiFi Calling la.

Enjoy!

 

You might also like