
Demam Avengers: EndGame belum lagi berakhir. Bagi peminat movie ini anda pastinya ingin memiliki peranti terbaharu daripada OPPO iaitu OPPO F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition secara percuma. Jangan bimbang kerana Celcom ada untuk membantu anda.
Caranya amat mudah dengan melanggan Celcom Mobile Platinum Plus Bundle Plan. OPPO F11 Pro Marvel’s Avengers Edition ini dibuka untuk pra tempahan bermula dari 1 Mei sehingga 3 Mei di Celcom Online. Peranti ini bakal dijual pada 4 Mei menerusi Celcom’s Bluecube dan pengedar yang sah.

Berikut merupakan spoesifikasi bagi OPPO F11 Pro Avengers Limited Edition:
- 48MP kamera belakang
- 32MP kamera hadapan
- 6.5 FHD+ Panoramic Screen
- 4,000mAh
- Vooc Flash Charge 3.0
- 6GB RAM + 128GB ROM
- Hyper Boost
- Ultra Night Mode
- Harga: RM1,399
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang OPPO dan Facebook OPPO.

