Majalah Gila-Gila Kini Dalam Bentuk Digital, Muat Turun Boleh Dilakukan Bagi Android Dan iPhone

Siapa sahaja yang tidak mengenali majalah kartun terkenal Malaysia, Gila Gila. Majalah ini sinonim dalam bentuk bercetak namun kini ia ditawarkan di dalam bentuk digital khusus buat peminatnya.

Justeru pelancaran aplikasi GG Komik membolehkan mendapatkan serta mengikuti kandungan majalah ini sejak 41 tahun lepas secara digital. Pengguna Android dan iPhone kini boleh menikmati kandungan di dalam aplikasi ini.

Aplikasi ini menawarkan beberapa kategori bagi memudahkan anda untuk mengikuti kandungannya. Anda juga boleh menonton kandungan jenaka dalam bentuk video. Bagi yang berminat anda bolehlah memuatnaik aplikasi ini secara percuma!!!

You might also like