
HUAWEI Ungguli Tangga Kedua Pasaran Telefon Pintar, Memintas Apple Bagi Suku Tahun Pertama
Dalam 1 laporan yang dikeluarkan oleh International Data Corporation (IDC), menunjukkan bahawa HUAWEI telah mengambil alih kedudukan pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia dengan memintas Apple bagi suku tahun pertama 2019.
Menurut laporan tersebut, pemasaran telefon pintar HUAWEI telah meningkat sebanyak 59.1 juta unit iaitu 50.3% berbanding tahun sebelumnya iaitu 39.3 juta unit.
Dalam pada itu, bagi telefon pintar Apple pula, ia menurun kepada 36 juta dan 43 juta unit yang sebelum ini mencatatkan 52.2 juta unit.
Samsung masih mengekalkan penguasaannya di dalam pasaran telefon pintar namun mereka memperlihatkan sedikit penurunan dengan pegangan saham sebanyak 23.1%. Penurunan ini berlaku disebabkan oleh segmen pertengahan telefon pintar jenama ini yang kurang mendapat sambutan.

