Oppo R19 Bakal Menjadi Telefon Pintar Pertama Dijana Oleh MediaTek Helio P80?

Meskipun dikritik hebat susulan kegagalan cipset MediaTek Helio X30, namun MediaTek tidak berputus asa. Sebaliknya, ia menggandakan lagi usaha dengan membina lebih banyak cipset kelas pertengahan seperti MediaTek Helio P60 dan MediaTek Helio P70.

Terbaharu, Mediatek dilaporkan bersedia untuk membawakan ‘pewaris’ baharu iaitu Mediatek Helio P80. Menurut sumber, Helio P80 mempunyai butiran sama dengan cipset 12nm lain yang dibuat oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC).

Bagaimanapun, terdapat beberapa penambahbaikan yang dilakukan terutamanya dari segi rekaan dan prestasi teknologi kecerdasan buatan (AI). Terdapat ura-ura mengatakan, Helio P80 bakal mempunyai prestasi AI lebih berkuasa berbanding Kirin 980 meskipun ianya merupakan cip pemprosesan kelas pertengahan.

Hal ini dapat dibuktikan melalui keputusan penanda aras AI yang tersebar meluas di media sosial yang mana memperlihatkan Helio P80 dan Snapdragon 855 (8150) berada di tangga teratas sekaligus meninggalkan Kirin 980.

Sumber turut mengatakan, OPPO R19 bakal menjadi telefon pintar pertama yang dijana oleh Helio P80 dan dikhabarkan bakal dilancarkan pada tahun hadapan. Seperti biasa, senarai maklumat di atas hanya ‘ura-ura’, apapun sama-sama kita tunggu!

[SUMBER] [SUMBER1]

_________________________________________________________________

Baca juga :

You might also like