
EMUI 10 Bakal Diperkenal Secara Rasmi Pada 9 Ogos 2019!
Setelah sekian lama kita mendengar mengenai EMUI 10, kini tarikh rasmi untuk pengenalannya kini dikongsi. Memetik imej penggoda, EMUI 10 bakal diperkenal pada minggu ini iaitu 9 Ogos 2019 dalam sebuah acara yang dijadualkan berlangsung di China.

EMUI 10 merupakan versi baru antaramuka berasaskan Android Q – apa yang menarik perhatian ia menyokong sejumlah ciri baharu termasuk fungsi Underwater pada kamera. Ia dijangka bakal disertakan terus daripada kotak pada peranti HUAWEI akan datang dan menawarkan kemas kini untuk peranti sedia ada. Apa yang sedang dirancang oleh HUAWEI? Sama-sama kita tunggu! 9 Ogos 2019!

