
HELLO! HELLO! HELLO! AHA! Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa OPPO kini menawarkan lanjutan jaminan waranti antarabangsa untuk OPPO Reno FC Barcelona Edition dan OPPO Find X. Whoa! Biar Betul? Ya! Ya! Betul!

Melalui jaminan tanpa sempadan ini, pengguna kini boleh mengakses perkhidmatan pembaikan dan naik taraf peranti tidak kira di mana mereka berada. Wwaranti ini didatangkan bersama-sama pembelian OPPO Reno 10x zoom, OPPO Reno FC Barcelona Edition dan OPPO Find X bagi mengurangkan keperluan pembelian tambahan.

Pengguna boleh menikmati perkhidmatan ini menerusi sejumlah pusat perkhidmatan OPPO di seluruh negara Asia Pasifik, Afrika, Timur Tengah dan Eropah – termasuk China, India, Myanmar, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina, Malaysia , Thailand, Mesir, Maghribi, Kenya, Nigeria, Tunisia, Arab Saudi, Singapura, Australia, New Zealand, Jepun, Rusia, Kazakhstan, Perancis, Itali, Sepanyol, Poland, Belanda, United Kingdom dan Turki.
____________________________________________________________
Artikel Berkaitan:
- OPPO Reno FC Barcelona Edition Kini Membuka Sesi Pra-Tempahan Mulai 21 Julai – Nikmati Hadiah Eksklusif Bernilai RM898!
- OPPO Reno FC Barcelona Edition Bakal Tiba Di Pasaran Tempatan Pada Penghujung Julai 2019!
- OPPO Reno FC Barcelona Edition Kini Diumumkan – Hadir Dengan Rekaan Bertemakan Pasukan Barcelona FC

