OPPO Reno FC Barcelona Edition Kini Diumumkan – Hadir Dengan Rekaan Bertemakan Pasukan Barcelona FC

Peranti terbaharu daripada OPPO iaitu OPPO Reno pastinya mendapat tempat dan perhatian dalam kalangan pengguna dan peminat. Kini OPPO telah menandatangani perjanjian penajaan selama 3 tahun bagi kelab bola sepak terkemuka dunia iaitu Barcelona.

Serentak dengan penajaan ini, OPPO turut mengumumkan OPPO Reno FC Barcelona Edition buat peminat kedua-dua jenama ini. Jika dilihat peranti ini, dihadirkan dengan logo kelab bola sepak tersebut di bahagian belakang. Turut dihadirkan dengan kemasan warna merah blaugrana dan biru.

Bukan hanya bahagian luaran, peranti ini turut dihadirkan dengan antaramuka dengan tema tersendiri. Jadi nilai eksklusif itu dapat dimiliki oleh pengguna. Bukan hanya itu, fon telinga dan casing juga disertakan dengan tema yang sama.

OPPO Reno 10X ini dihadirkan dengan skrin bersaiz 6 inci AMOLED FHD+ dan dikuasakan oleh Snapdragon 855. Turut disertakan adalah 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Dari aspek kamera pula, ia dihadirkan dengan 48MP + 13MP + 8MP bagi kamera belakang dan 16MP bagi kamera hadapan. Bateri juga tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 4065mAh.

Peranti edisi ini bakal dijual bermula dari 27 Julai bagi pasaran Eropah pada harga 899 Euros (kira – kira RM 4140).

_____________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like