Acer Predator 21 X, Komputer Riba Dengan Skrin Melengkung Pertama Di Dunia

- Iklan -

(Dari kiri) Johnson Seet, Acer Malaysia Director of Sales, Bruce Howe, General Manager, Microsoft Consumer and Devices Sales, Microsoft Malaysia, Chan Weng Hong, Acer Malaysia General Manager of Products, Sales and Marketing, Jeffrey Lai, Product Manager Acer Malaysia

Kita bukan sahaja boleh melihat skrin melengkung pada TV ataupun telefon pintar malah pada Acer Predator 21 X yang baru ini, menjadikan ia yang pertama di dunia dikeluarkan secara komersial.

Komputer riba ini menyediakan skrin melengkung dengan aspek nisbah 12:9 yang ultra-lebar, bersaiz 21 inci jenis IPS bersama kualiti 2K, termasuk kadar segar semula setinggi 120Hz. Selain daripada itu, di sisi luaran terdapat pengimbas mata sebagai alat keselamatan di samping speaker SoundPound 4.2+ iaitu 4 unit pembesar suara, 2 subwoofer dan saluran audio Dolby® Audio bagi melengkapkan keseronokan mendengar.

Bagi membawakan pengalaman permainan video yang maksimum, Acer Predator 21 X ini dilengkapi dengan cip pemproses Generasi ke-7 Intel® Core™ i7, dua kad grafik NVIDIA® GeForce® GTX 1080 dan memori RAM 64GB DDR4-2400 dengan lima unit kipas tiga daripadanya menggunakan besi ultra nipis AeroBlade™ untuk sistem penyejukan yang berupaya mengekalkan suhu yang stabil.

Pada perisian dalaman pula, peranti ini dilengkapi dengan ciri-ciri yang menakjubkan seperti Windows Ink, Paint 3D, permainan yang dipertingkatkan dan Windows Hello yang membolehkan pengguna log masuk dengan selamat. Direka untuk pengalaman tiga dimensi yang lengkap, Windows 10 dipilih sebagai platfom untuk Acer Predator 21 X ini. Sementara perisian Acer PredatorSense yang sedia dipasang, membolehkan pengguna mengawal dan mengubah suai keseluruhan pengalaman bermain video daripada satu pusat antara muka bersepadu.

Acer Predator 21 X ini dijual dengan harga RM39,999. Gamer yang berminat boleh membuat tempahan menerusi e-mel ama.marcom@acer.com.

You might also like