
Tanpa peralatan yang mencukupi, permainan video tidak lengkap dan tidak menyeronokkan. Oleh itu, ASUS menyediakan dua produk barisan Cerberus yang akan memastikan pemain berasa selesa malah rekaan yang tahan lasak dan sesuai digunakan pada kebanyakan PC, Mac, konsol permainan dan telefon pintar. Kedua-dua peranti ini terdiri daripada fon kepala CerberusV2 dan satu daripadanya papan kekunci mekanikal Cerberus Mech RGB.
Cerberus V2
Sebuah fon kepala yang menyalurkan bunyi audio berkualiti tinggi dan bunyi mendalam serta berkesan. Jurutera ASUS telah mereka Cerberus V2 dengan pemacu 60mm dalam pemacu asal 52mm membolehkan bunyi yang dihasilkan lebih natural.

Selain itu, CerberusV2 tahan lasak dengan binaan logam Stainless-steel pada pengikat kepala dan pad dalaman yang lembut. Kelengkapannya pula, ia hadir dengan dua bicu microfon boleh dicabut dengan sesuai digunakan untuk menjawab panggilan serta komunikasi antara pemain dalam talian.
Cerberus Mech RGB
Papan kekunci mekanikal Mech RGB direka sepenuhnya menggunakan teknologi N-Key Rollover (NKRO), ia boleh memastikan setiap butang yang ditekan akan dimasukkan walaupun beberapa butang ditekan secara serentak. Setiap papan kekunci Cerberus RGB diprogramkan secara khusus untuk menghasilkan jutaan warna melalui lampu backlight yang mengagumkan ini.
Harga bagi kedua-dua produk ini masih belum diberitahu dan dijangka akan mula dipasarkan pada penghujung suku kedua tahun ini.

