Respon Samsung Atas Dakwaan Kegagalan IP68 Galaxy S7 Active

“The Galaxy S7 active passed rigorous tests to ensure IP68 certification for water resistance. Samsung stands behind this water resistance certification, and will replace any Galaxy S7 active under its standard limited warranty, should water damage occur”

Petikan tersebut diambil dari respon yang dikeluarkan Samsung berkenaan laporan bahawa model Samsung Galaxy S7 Active mereka yang dikelaskan water resistance IP68 telah gagal dalam ujian yang dijalankan.

Menurut Samsung, mereka telah menjalankan ujian yang sewajarnya terhadap model tersebut sebelum ianya dipasarkan. Jika peranti tersebut rosak dan gagal berfungsi akibat air, Samsung bersedia menggantikannya dengan unit yang baru.

3 4

Consumer Reports melakukan ujian dengan meletakkan Samsung Galxy S7 Edge di dalam tangki air dengan tetapan tekanan pada kedalaman 1.5 meter, peranti tersebut jelas sekali gagal di dalam ujian tersebut.

Tidak lama dahulu ujian yang sama dilakukan dengan model Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge, kedua-duanya selamat dan masih berfungsi seperti biasa selepas menjalani ujian tersebut.

 

You might also like